My Add

Monday 14 May 2012

Pengurus wanita parah ditikam

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: Disebabkan terlalu marah kerana dipecat, seorang bekas warden sebuah rumah kebajikan di Jalan SS 14, Subang Jaya dekat sini hilang kewarasan apabila bertindak menikam bertubi-tubi seorang pengurus wanita di kediaman itu semalam.

Dalam kejadian tengah malam itu, mangsa berusia 50 tahun yang merupakan Pengurus Rumah Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh iaitu sebuah pertubuhan yang memberi perlindungan kepada remaja perempuan hamil luar nikah, bernasib baik kerana tikaman tersebut tidak membunuhnya.

Malah, suspek yang merupakan penagih dadah dapat diberkas oleh seorang warden lain yang menyedari kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa walaupun mengalami kecederaan masih sempat menghubungi sendiri Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk memaklumkan kejadian itu dan meminta bantuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment