My Add

Monday 14 May 2012

Penubuhan Akademi Undang-Undang

IPOH, ISNIN, 14 Mei, 2012: Perbincangan mengenai cadangan penubuhan Akademi Undang-undang akan diadakan dengan Jemaah Menteri dan Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, sudah tiba masa untuk membentuk sebuah organisasi lain yang boleh dianggotai oleh semua pihak yang berlatar belakang pendidikan undang-undang, selain Majlis Peguam yang keanggotaannya hanya terhad kepada pengamal undang-undang.

"Majlis Peguam adalah untuk mereka yang mengamal undang-undang sahaja tetapi sebahagian besar daripada mereka yang mempunyai kelulusan undang-undang seperti ahli akademik di universiti, sektor perbankan termasuk bekas hakim tidak mempunyai persatuan," katanya selepas majlis penyerahan Projek e-Kehakiman Semenanjung di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment