My Add

Monday 14 May 2012

Anugerah Tokoh Ibu Harmoni pada majlis Ibu Ratu Hatiku

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 2012: Majalah Harmoni terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd., (UKSB) bakal menganjurkan majlis Ibu Ratu Hatiku pada 25 Mei ini bertempat di Hotel Sunway Putra, dekat sini.

Menurut Pengarang Harmoni, Nor Asmah Zakaria, majlis minum petang itu bermula pada pukul 3 petang, akan diserikan dengan persembahan artis serta pertunjukan fesyen.

Beliau berkata, di majlis yang sama, sempena dengan sambutan Hari Ibu, Harmoni akan mengumumkan penerima anugerah khas, Anugerah Tokoh Ibu Harmoni kepada seorang wanita yang dinilai atas sumbangan, semangat dan kegigihan dalam mendidik anak-anak dan keluarga.

"Anugerah Tokoh Ibu Harmoni telah diperkenalkan pada tahun 2009 yang mana penerima pertamanya ialah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

“Jadi, untuk kali kedua ini, penerima Anugerah Tokoh Ibu Harmoni akan diumumkan pada 25 Mei ini nanti," katanya kepada Utusan Online.

Menurut Nor Asmah, pada majlis itu nanti, turut diraikan ialah pemenang pertandingan menulis esei Ibu Ratu Hatiku yang dibuka kepada pembaca Harmoni yang mana mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Untuk pertandingan menulis esei, kita menerima lebih 200 penyertaan dan tarikh tutupnya ialah esok, 15 Mei dan para pemenang akan membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM3,000, percutian ke Vietnam untuk dua orang, loket emas, hamper produk kecantikan Leesa Formula, Avon dan pelbagai lagi hadiah iringan lain," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment