My Add

Sunday 13 May 2012

Penuntut lepasan Instedt mudah masuk alam pekerjaan

*BAKAL graduan Instedt menunggu giliran untuk memeriksa nama dan mengambil jubah di Ballroom Permata 2, Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru, semalam. - IHSAN INSTEDT

JOHOR BAHRU, SABTU, 12 Mei, 2012: Seramai 379 penuntut Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) yang bakal bergelar graduan pada konvokesyen keenam esok tidak akan berdepan dengan masalah menyambung pengajian atau memasuki alam pekerjaan.

Ketua Eksekutifnya, Prof. Madya Dr. Mat Jizat Abdol berkata, kajian yang dibuat melibatkan dua konvokesyen terdahulu menunjukkan semua lepasan Instedt sudah mendapat kerja dalam sektor awam dan swasta.

"Malah, ramai yang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Swinburne University of Technology, Universiti Malaysia Terengganu dan Malaysia Universiti of Science & Technology (MUST)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment