My Add

Sunday 13 May 2012

Bantu peserta Felcra, RISDA

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
JERANTUT, SABTU, 12 Mei, 2012: Kerajaan diminta memainkan peranan lebih besar dalam membantu peserta Felcra dan RISDA di luar bandar serta pedalaman bagi memastikan kehidupan golongan turut dinaik taraf sama seperti peneroka Felda di negara itu.

Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, pembangunan di kawasan terbabit masih lagi ketinggalan di negeri ini termasuk bantuan kebajikan tertentu yang dapat meringankan beban keluarga tersebut.

"Kerajaan Persekutuan dan negeri wajar mengkaji semula peranan dan matlamat hala tuju agensi yang diamanahkan membangunkan kawasan luar bandar iaitu Felcra dan RISDA dalam bidang ekonomi tetapi masih gagal mengubah status kehidupan penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pahang di Tekam dekat sini baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment