My Add

Monday 21 May 2012

Peraduan tulis surat 1Malaysia tawar 10% markah kokurikulum

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 2012:: Peserta pertandingan menulis surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia akan menerima 10 peratus daripada markah penilaian kokurikulum sekolah, kata Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Siti Khadijah Mion. 

Bercakap pada sidang akhbar Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, jawatankuasa pertandingan bersetuju dengan peratusan markah itu bagi menghargai penyertaan pelajar sekolah dalam program itu.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia terbuka kepada semua pelajar di seluruh negara berusia 9 hingga 17 tahun bermula 1 April hingga 2012.
Hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 menanti pemenang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium. 

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu menerusi laman web www.pos.com.my dan www.facebook.com/surat1malaysia atau di talian 03-2267 2206. 

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata pertandingan yang dimulakan pada 2010 hingga 2014 itu merupakan sebahagian strategi Pos Malaysia memartabatkan penulisan surat dalam bahasa Melayu. 

Pertandingan tahun ini bertemakan nilai-nilai murni. 
Tahun ini adalah tahun ketiga ia dianjurkan. Tema pertandingan pada tahun pertama ialah perpaduan dan tema tahun kedua ialah kemerdekaan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment