My Add

Saturday 26 May 2012

Perhimpunan anjuran Perkasa di Komtar tegang

PULAU PINANG, JUMAAT, 25 Mei, 2012:  Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini tegang apabila wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13 muncul dan tidak berpuas hati dengan tindakan Perkasa membakar 10 helai baju T Bersih 3.0.

Ketua Wira Perkasa negeri, Mohd. Rizuad Mohd. Aizuddin yang hadir bersama 20 ahlinya selepas solat Jumaat berkata, kesemua baju yang diterimanya melalui satu bungkusan baru-baru ini milik beberapa individu yang kesal kerana menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, individu terlibat yang enggan dikenali turut mengirimkan kepadanya sepucuk surat yang meminta Perkasa membakar baju-baju berkenaan.

"Saya terima surat itu dan menunaikan hajatnya yang mahu kami membakar semua baju Bersih 3.0. Mereka mahu Perkasa lakukan yang terbaik untuk rakyat demi mengekalkan keamanan di negara ini, " katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment