My Add

Monday 14 May 2012

Perkasa kemuka resolusi bantah himpunan haram Bersih 3.0

TAWAU. AHAD, 13 Mei, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini sebulat suara meluluskan satu resolusi merangkumi tujuh perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan serius oleh kerajaan.

Resolusi yang menentang keras penganjuran Bersih 3.0 itu dibacakan oleh Yang Dipertua Perkasa Sabah, Datuk Seri Jefry Osman sempena perhimpunan Perkasa Sabah di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar; Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Jamil.

Resolusi yang dibentangkan di hadapan kira-kira 3,000 ahli Perkasa itu antara lain mendesak kerajaan segera mengambil tindakan menahan dan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi arahan kepada peserta Bersih 3.0 supaya merempuh anggota polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment