My Add

Monday 14 May 2012

Festival Hari Guru disambut meriah

*ZAMBRY Abd. Kadir (enam dari kanan) dan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (lima dari kanan) bersama pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang di Kuala Kangsar, semalam.

Oleh HASHIM P. MAMAT
KUALA KANGSAR, AHAD, 13 Mei, 2012: Bahang sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan semakin dirasai apabila ribuan pengunjung menyerbu Festival Hari Guru 2012 yang berlangsung meriah di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, di sini hari ini.

Cuaca baik membolehkan pengunjung terdiri daripada segenap lapisan masyarakat termasuk para pelajar dan guru datang seawal pukul 9 pagi dengan membanjiri khemah serta padang sekolah berkenaan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Kemeriahan hari kedua festival tersebut semakin dirasai sebaik sahaja bermula acara perasmian di pentas utama yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment