My Add

Thursday 3 May 2012

Perkasa sokong Abdul Aziz

*PEGAWAI Perhubungan Awam SPR, Sabri Said (kiri) menerima memorandum menyokong SPR daripada Abu Bakar Yahya sambil diperhatikan Syed Hassan Syed Ali (tengah) di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, rabu, 02 Mei, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyuarakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof untuk terus memimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Abu Bakar Yahya berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang tidak harus mendesak Abdul Aziz meletak jawatan kerana Pengerusi SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

''Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) sejak 1982 hingga 1995, kenapa beliau hanya mempersoalkan kewibawaan SPR selepas menjadi pembangkang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment