My Add

Thursday 3 May 2012

Presiden Pas tidak cerdik mahu pinda Perlembagaan: Ibrahim

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan meminda Perlembagaan Persekutuan dan agama Islam tidak lagi kekal sebagai agama rasmi sebaik pembangkang mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat disifatkan sebagai kenyataan yang tidak cerdik dan bermotifkan politik semata-mata.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, seharusnya Abdul Hadi lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan kerana agama rasmi Persekutuan iaitu agama Islam tidak boleh dipinda serta disentuh.

Menurutnya, ini kerana ia telah termaktub dalam perjanjian kontrak sosial yang merupakan teras dan asas Perlembagaan Negara.

“Beliau (Abdul Hadi) seolah-olah tidak menyedari bahawa Islam merupakan agama rasmi Persekutuan dan banyak keistimewaan serta perlindungan bagi kepentingan Islam dilaksanakan termasuk isu murtad," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment