My Add

Wednesday 16 May 2012

Peserta hadapi panas terik, salji

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Mei, 2012: Peserta konvoi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2 melalui pengalaman menarik berhadapan dengan panas terik padang pasir dan salji di pergunungan pada hari terakhir mereka melalui China sebelum memasuki Kazakhstan, semalam.

Ketua ekspedisi, Azman Baharuddin berkata, perjalanan konvoi yang masuk hari ke-22 itu menempuh pengalaman berkenaan ketika melalui Wilayah Xinjiang di barat China.

Menurutnya, pengalaman unik menempuh dua keadaan cuaca dalam masa sehari perjalanan itu tidak terdapat di negara lain.

"Kami sempat bermain salji di kawasan pergunungan dalam perjalanan dari Ruoqiang," katanya menerusi satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, semalam konvoi menuju ke Kuqa dari Korla sejauh 270 kilometer sebelum memasuki Kazakhstan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment