My Add

Wednesday 2 May 2012

PM jawab panggilan rakyat Selangor 10 Mei ini.

SHAH ALAM, RABU, 02 Mei, 2012: Rakyat Selangor berpeluang membuat aduan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menghubungi talian Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) Barisan Nasional (BN) negeri pada 10 Mei ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor akan meluangkan masa antara pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang untuk menjawab panggilan daripada orang ramai yang menghubungi talian hotline tersebut iaitu 1-300-22-2626 .

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, sebenarnya kedatangan Perdana Menteri pada tarikh berkenaan adalah untuk merasmikan talian hotline Pakar.

Beliau berkata, rakyat Selangor bertuah kerana Perdana Menteri sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa panggilan sempena perasmian itu.

``Jadi saya harap rakyat Selangor tidak akan melepaskan peluang untuk membuat panggilan dan menyampaikan sendiri aduan serta mengemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan produk-produk BN kepada Perdana Menteri.

``Kita juga merancang untuk menyediakan hadiah kepada pemanggil bertuah sempena pelancaran Pakar,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment