My Add

Saturday 19 May 2012

Polis masih buru 113 individu dipercayai terbabit dalam BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Mei, 2012: Polis masih memburu 113 lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata daripada 141 individu
yang gambarnya disiarkan media, seramai 28 orang sudah ditahan dan menyerah diri.

Katanya, sejak polis melancar operasi menahan secara besar-besaran pada Rabu
lalu, dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kekecohan pada perhimpunan itu
ditahan, masing-masing di Kulai, Johor dan di Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sukan rakyat
Polis Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Polis ke-205, di Kerinchi, di
sini, hari ini.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan parti
politik," kata Mohmad.

Setakat ini, katanya, dua anggota polis dan tiga orang awam didakwa di
mahkamah di sini berhubung perhimpunan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment