My Add

Monday 28 May 2012

Rakyat Malaysia yang hilang di Sydney ditemui

MELBOURNE, ISNIN, 2 Mei, 2012: Seorang pelancong warga emas dari Malaysia yang dilapor hilang ketika melawat Willoughby Park di utara Sydney pada Ahad, ditemui, lapor Australian Associated Press. 

Anthony Chung, 78, yang kali terakhir dilihat anggota keluarganya pada pagi semalam, ditemui sedang merayau berhampiran premis perniagaan di Naremburn pada pagi Isnin, kata polis.

Chung tiba di Australia pada 16 Mei lalu dan tinggal bersama anggota keluarganya di Arncliffe, selatan Sydney serta di Chatswood, iaitu kawasan perumahan di bahagian utara bandar raya itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment