My Add

Monday 28 May 2012

Lesen niaga hanya RM50

Oleh Muhd Izawan Baharin
KUALA LUMPUR, ISNIN, 2 Mei, 2012: Kerajaan secara berterusan akan membela nasib peniaga dan penjaja kecil bukan saja disebabkan sumbangan besar mereka kepada ekonomi negara, malah rakyat mampu mendapatkan pelbagai barangan serta hidangan lazat mereka pada harga munasabah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peniaga dan penjaja kecil hanya perlu membayar caj pendaftaran atau pembaharuan lesen sebanyak RM50 saja untuk tempoh lima tahun.

“Saya bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan caj pendaftaran kali pertama dan pembaharuan untuk pemilikan tunggal atau perkongsian hanya RM50 untuk lima tahun berbanding RM150 dan RM300 sekarang.

“Bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat akan dikurangkan sebanyak 50 peratus. Pakej ini akan dilaksanakan bermula 1 Jun hingga 31 Disember ini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola majlis itu, Datuk Roslan Ali Omar.

Perdana Menteri berkata, insurans berkelompok turut disediakan kepada golongan peniaga dan penjaja. - Metro

No comments:

Post a Comment