My Add

Monday 14 May 2012

Rakyat tidak harus bersekongkol

Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH, AHAD, 13 Mei, 2012: Kematangan rakyat dalam memilih parti politik berwibawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan menjadi penentu terhadap agenda utama mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat tidak sepatutnya memilih calon yang bersekongkol dengan pihak tidak memperjuangkan agenda Islam, Melayu dan raja, meskipun mereka daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi rela menjadi 'kuda tunggangan' parti lain.

Menurutnya, rakyat juga perlu menilai ketokohan pemimpin yang akan dipilih dan tidak terpedaya dengan janji manis menerusi manifesto pilihan raya yang pastinya gagal dilaksanakan oleh mereka.

"Peribadi, perangai dan moral pemimpin juga perlu diambil kira kerana kita tidak mahu kepimpinan negara diterajui oleh individu yang buruk akhlaknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment