My Add

Monday 14 May 2012

Ramai tahu perangai buruk Azmin

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI
KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: - Ketiadaan pemimpin pembangkang terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi kenyataan bela terhadap dakwaan isu skandal seks Azmin Ali menunjukkan mereka telah dapat menghidu perilaku sebenar Timbalan Presiden PKR tersebut.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, sikap berkecuali itu sekali gus menunjukkan para pemimpin PKR tidak mahu terlibat dan campur tangan dalam isu tersebut.

"Azmin sekarang sudah menjadi satu liabiliti dalam PKR. Malah, dalam PKR sendiri, adalah menjadi satu 'dosa besar' sekiranya ada yang berniat untuk menjatuhkan Anwar dan menentang Azmin.

"Ekoran 'dosa besar' itu, tiada pemimpin pembangkang yang berani tampil untuk memberi kenyataan bela atau campur tangan dalam isu skandal Azmin kerana mereka tahu perilaku buruk Azmin yang sebenarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment