My Add

Saturday 19 May 2012

Ratusan bantah kehadiran Lady Gaga di Filipina

MANILA, SABTU, 19 Mei, 2012: Ratusan penunjuk perasaan berarak di ibu negara Filipina hari ini bagi menuntuk larangan terhadap Lady Gaga daripada mengadakan konsert di negara itu kerana lirik lagunya didakwa anti-Kristian.

Kira-kira 50 polis antirusuhan mengadakan sekatan di Manila bagi menghalang penunjuk perasaan itu menghampiri pusat membeli belah di mana penyanyi AS itu dijangka mengadakan persembahan pada 21 dan 22 Mei ini.

Konset jelajah Lady Gaga mendapat bantahan di beberapa negara di Asia termasuk di Indonesia apabila pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit selepas didesak oleh pertubuhan Islam di negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment