My Add

Saturday, 19 May 2012

Serena cedera, Li Na ke final Terbuka Itali

ROME, SABTU, 19 Mei, 2012: Pemain pilihan, Serena Williams menarik dari daripada kejohanan Terbuka Itali hari ini selepas mengalami kecederaan belakang, kata WTA.

Pemain AS itu berbuat demikian ketika bakal berdepan dengan Li Na dari China di peringkat separuh akhir.

Keputusan itu membolehkan Li Na, juara Terbuka Perancis mara ke perlawanan akhir untuk berhadapan pemenang antara Maria Sharapova dari Russia dan pemain Jerman, Angelique Kerber dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Williams yang memenangi gelaran gelanggang tanah liat di Charleston dan Madrid bulan lalu, dijangka akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menjelaskan keadannya. - REUTERS

No comments:

Post a Comment