My Add

Monday 7 May 2012

Rosmah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan

TANJUNG MALIM, ISNIN, 07 Mei, 2012: Penaung Yayasan PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini. 

Canselor UPSI, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim bertitah, anugerah Ijazah Kehormat itu menandakan pengiktirafan UPSI di atas cetusan idea dan komitmen tinggi isteri Perdana Menteri itu dalam mempelopori program PERMATA negara hingga ke tahap berjaya menarik perhatian dunia terhadap program serta kaedah pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

Turut hadir ke istiadat penganugerahan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. BH Online

No comments:

Post a Comment