My Add

Monday 7 May 2012

2,500 penduduk Batang Kali terjejas banjir awal pagi


BATANG KALI, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kira-kira 2,500 penduduk membabitkan 15 kawasan sekitar daerah ini terjejas akibat banjir selepas hujan selama 2 jam dari pukul 2.30 pagi hingga 4.30 pagi.

Menurut jurucakap bomba, paras banjir setinggi kira-kira satu meter di beberapa kawasan itu turut mengakibatkan kesesakan jalan raya dari Rawang menghala Kuala Kubu Bharu.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Ulu Kalong, Kampung Genting Malek, Kampung Masjid, Kampung Batu 30 Ulu Yam Lama, Kampung Seri Cahaya, Kampung Sekolah serta Kampung Sungai Manis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment