My Add

Monday 7 May 2012

Siaran TV Al-Hijrah diperluas ke seluruh negara

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 07 Mei, 2012: Siaran TV Al-Hijrah akan diperluaskan ke seluruh negara selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan sedang menyusun spektrum yang lebih menyeluruh kepada negeri yang belum mendapat siaran itu seperti Kelantan dan utara tanah air.

"Begitu juga kawasan-kawasan seperti di Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena penganjuran Karnival Al-Hijrah peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda.

Mengenai karnival yang diadakan pada hujung tahun lalu itu, Jamil Khir berkata ia merupakan yang pertama diadakan di Terengganu dan memberi gambaran kemampuan pihak televisyen berkenaan melaksanakan karnival yang begitu bermakna.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang turut memberikan kerjasama yang begitu tinggi termasuk juga tenaga dan kewangan bagi tujuan menjayakan karnival ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment