My Add

Tuesday 1 May 2012

Skim insurans nelayan diperkenal

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

KLANG, ISNIN, 30 April, 2012: Masa depan kira-kira 65,000 nelayan di negara ini akan lebih terjamin apabila Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif memperkenalkan skim insurans bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, skim insurans itu diwujudkan sebagai persediaan kewangan luar jangka kepada nelayan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini termasuk kehilangan nyawa.

Beliau berkata, skim insurans berkenaan adalah cadangan pihaknya dan telah mendapat persetujuan Kabinet.

Pelaksanaannya kelak jelas Noh, akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

"Kabinet telah menyerahkan kepada pihak kementerian untuk membuat tawaran secara tender terbuka kepada lima syarikat insurans bagi pelaksanaan skim ini. Hasil tawaran tersebut, sebuah syarikat telah dipilih berdasarkan manfaat yang tinggi diberikan kepada golongan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment