My Add

Sunday 20 May 2012

SPR pastikan undi pos petugas media telus

PUTRAJAYA, AHAD, 20 Mei, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan proses undi pos bagi petugas media yang dijangka dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dibuat secara telus bagi menghindari tanggapan negatif serta rungutan pelbagai pihak.

Sehubungan itu kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR akan sedaya-upaya untuk tidak membabitkan pihak ketiga di dalam proses berkenaan.

"Antara cadangan awal SPR ialah petugas media terbabit datang sendiri mengambil kertas undi di pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya di tempat mereka didaftarkan dan mengundi di situ," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di sini.

Beliau berkata, mereka boleh berbuat demikian sepanjang tempoh berkempen yang telah diputuskan SPR tidak kurang daripada 10 hari.

"Walau di mana petugas media ditempatkan majikan masing-masing, mereka masih boleh balik ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab itu kerana tempoh berkempen agak lama," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment