My Add

Tuesday 1 May 2012

Taib mahu rakyat di Sarawak kekal nikmati pembangunan

KUCHING, SELASA, 01 Mei, 2012: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau mahu melihat rakyat di Sarawak kekal menikmati pembangunan yang kerajaan buat dan rancang. 

Taib berkata, kerajaan bukan sahaja menyediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan rakyat malah juga telah mengambil beberapa langkah dalam meningkatkan lagi tahap pendidikan dan kemahiran di kalangan generasi muda.

"Saya hanya ibarat seorang bidan yang membantu seorang ibu melahirkan anaknya, tapi anak itu perlulah dibesarkan oleh ibunya sendiri," katanya ketika berucap pada majlis palancaran program Armada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Tebingan Kuching hari ini.

Katanya, banyak rancangan kerajaan negeri buat untuk faedah rakyat khasnya golongan belia termasuk peluang kerja di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). 

Beliau berkata, SCORE dengan RM3 bilion pelaburan dalam pelbagai industri dijangka menyediakan kira-kira 250,000 peluang kerja dalam tempoh 20 tahun akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment