My Add

Tuesday, 1 May 2012

Akta TCM sedia dibentang di Parlimen: Tiong Lai

KUCHING, SELASA, 01 Mei, 2012: Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) kini sedia untuk dibentang di Parlimen selewat-lewatnya Jun tahun ini. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian yakin dengan adanya akta itu pengamal perbuatan tradisional di negara ini dapat mematuhi disiplin perubatan dengan lebih profesional selain melindungi hak pesakit yang menggunakan rawatan berkenaan.

"Selain untuk melindungi hak pesakit yang menggunakan perkhidmatan perubatan tradisional, akta itu juga untuk menjamin pengamal TCM mematuhi undang-undang perubatan," katanya selepas merasmikan persidangan TCM antarabangsa di sini, hari ini.

“Setakat ini 10 hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai unit TCM yang berdaftar dan diiktiraf kementerian. 

“Pelaksanaan akta TCM itu juga akan membantu pihak kementerian membuat lebih banyak kajian dan pembangunan (R&D) berkaitan cara perubatan tradisional di negara ini,” katanya. 

Sementara itu, ditanya mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak beliau berkata, walaupun jumlah kes kini sudah menurun namun pihak kementerian akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. 

Beliau berkata, ketika ini hanya sekitar 261 kes dilaporkan dalam tempoh seminggu sejak 17 minggu kes itu dilaporkan. 

"Keadaan kes HFMD di Sarawak sudah beransur pulih, namun pihak kementerian kesihatan ingin mengingatkan ibu bapa supaya melapor segera di hospital dan klinik berdekatan jika anak mereka menunjukkan tanda dijangkiti HFMD," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment