My Add

Wednesday 16 May 2012

Terbuka Britain: Nicol mara ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Mei, 2012:: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua kejohanan skuasy Terbuka Britain di St George's Hill Lawn Tennis Club di Weybridge, United Kingdom, pada Selasa. 

Bagaimanapun, cabaran dua lagi pemain Malaysia tersekat apabila dikalahkan pemain tuan rumah.

Menurut laman web rasmi kejohanan itu www.britishopensquash.net, Nicol hanya mengambil masa 20 minit untuk mengalahkan pencabarnya Maria Toor Pakay dari Pakistan dengan mata 11-2, 11-3 dan 11-6.

"Ini kali pertama kami bertemu dalam kejohanan WSA (Persatuan Skuasy Wanita). Dia masuk ke gelanggang dengan penuh yakin serta banyak membuat pukulan rendah dan kuat. Saya terperanjat kerana tidak menyangka dia akan bermain begitu. 

"Pada set ketiga, saya beri banyak ruang kepadanya dan dia pun membuat rembatan kencang, tapi mungkin kerana terlalu yakin, dia lakukan kesilapan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment