My Add

Tuesday, 1 May 2012

Tiada tawaran kewarganegaraan - Talent Corp

KUALA LUMPUR, SELASA,  01 Mei, 2012: Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp) tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menawarkan kewarganegaraan sebagai satu cara untuk menarik lebih ramai bakat luar untuk bekerja di negara ini.

"Pemberian kewarganegaraan bukanlah sesuatu yang kita boleh tawarkan kepada sesiapa secara sewenang-wenangnya.

"Buat masa ini, kami tidak melihat ada keperluan untuk berbuat demikian," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Johan Mahmood Merican dalam program Dalam Radar, terbitan Bernama Radio24, semalam.

Johan berkata, sebaliknya Talent Corp bertindak sebagai pemudahcara untuk menguruskan kedatangan bakat-bakat tersebut untuk bekerja di Malaysia.

Beliau berkata peranan Talent Corp sebagai pemudahcara akan terus relevan selagi bakat-bakat luar yang ditarik itu mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh pihak majikan di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment