My Add

Sunday 27 May 2012

Tindakan jahat kepada negara

KOTA KINABALU, SABTU, 26 Mei, 2012: Orang ramai terus menempelak dakwaan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez bahawa rakyat negara ini bertindak zalim terhadap pekerja warga Indonesia khususnya golongan pembantu rumah.

Bagi Sherillah Ella Salleh, 31, dia yang pernah menggaji pembantu rumah sehingga tujuh orang sejak 2005, merasakan tuduhan tersebut adalah melampau kerana dia sama sekali tidak pernah bertindak kasar terhadap para pekerjanya itu.

Sebaliknya, kata Sherillah, dia dan keluarganya sering menganggap pembantu rumah adalah sebahagian daripada ahli keluarga sendiri.

"Jika waktu makan, saya akan ajak mereka untuk makan satu meja dan tidak pernah membiarkan mereka makan sisa makanan kami sekeluarga kerana ingin memastikan hubungan baik sentiasa terjalin," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment