My Add

Monday 14 May 2012

Tubuh NKRA Agenda Bumiputera

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
TAWAU, AHAD, 13 Mei, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan melakukan tindakan afirmatif bagi mengangkat kedudukan ekonomi kaum bumiputera yang dilihat masih lagi ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebuah unit khas di bawah Majlis Tindakan Ekonomi perlu ditubuhkan bagi membuat laporan dan pemantauan berterusan terhadap pencapaian agenda bumiputera.

“Unit baru yang dinamakan Unit Pemantau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Agenda Bumiputera ini akan melapor dari semasa ke semasa secara berkala paling kurang dua bulan sekali mengenai pencapaian agenda kaum itu dalam semua bidang.

“Ini sangat kritikal dan kalau kerajaan mewujudkan unit ini dan menambah agenda afirmatif barulah kaum bumiputera berasa lebih terbela," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran dan Perhimpunan Perkasa Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment