My Add

Monday 7 May 2012

Tuduhan kedua jenayah perang terhadap Bush didengar

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) memulakan sidangnya di sini hari ini bagi mendengar tuduhan kedua jenayah penyeksaan dan jenayah perang terhadap bekas Presiden Amerika syarikat, Georgh W. Bush.

Persidangan selama enam hari sehingga 12 Mei ini turut membicarakan lima sekutu Bush, yang semuanya berkhidmat semasa pentadbiran lapan tahun presiden tersebut.

Mereka termasuk bekas Naib Presiden, Richard Cheney; bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld; peguam kepada Presiden Bush, Alberto Gonzales; Penasihat Utama kepada Naib Presiden, David Addington; Penasihat Utama kepada Setiausaha Pertahanan, William Haynes II; Penolong Peguam Negara, Jay Bybee; dan bekas Timbalan Penolong Peguam Negara, John Choon Yoo.

Ikuti laporan secara langsung tribunal tersebut di Laporan Live Wartawan Utusan Di Lokasi - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment