KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 20112: Kementerian Sumber Manusia menegaskan tidak timbul isu tidak adil berhubung kadar gaji minimum sektor swasta melibatkan Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung.
Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, keputusan tersebut telah dibuat hasil perbincangan antara pihak majikan dan pekerja di tiga negeri tersebut iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan dengan mengambil kira pelbagai faktor.
Beliau berkata, kadar RM800 di ketiga-tiga negeri itu berbanding RM900 di Semenanjung turut mengambil kira kajian mendalam termasuk dari Bank Dunia.
``Sekiranya kadar gaji minimum ditetapkan pada RM900 untuk tiga negeri ini, dibimbangi majikan khususnya majikan kecil di negeri-negeri ini akan menghadapi masalah untuk terus beroperasi atau menutup operasi menyebabkan pekerja akan kehilangan kerja,’’ katanya.
Beliau mengulas rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak yang menyifatkan kadar itu tidak adil kerana kos hidup yang lebih tinggi berbanding Semenanjung. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment