My Add

Thursday 10 May 2012

Tunku Aziz akui DAP tak lanjut khidmatnya di Dewan Negara


KUALA LUMPUR, RABU, 09 Mei, 2012:Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) mengesahkan parti itu tidak akan menyambung tempoh keanggotaannya sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhir 31 Mei ini.
Menurut beliau, ini ekoran kenyataannya yang dilihat bertentangan dengan parti berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0 ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, beliau akan tetap bersama parti walaupun tidak lagi diberikan tanggungjawab sebagai 'suara' DAP di dewan tertinggi tersebut.

"Ya, ia (tidak dilantik semula) benar. Saya buat kenyataan tentang Bersih, bukan saya tidak setuju dengan Bersih kerana kita nak pilihan raya yang adil. Siapa yang tidak setuju dengan itu. Cuma yang saya tak setuju kalau kita melanggar undang-undang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment