My Add

Thursday 3 May 2012

Tuntut Saifuddin Nasution mohon maaf

*KERATAN akhbar Sinar Harian siaran 26 April lalu.
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk3Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau ahli UMNO sebagaimana dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli UMNO dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian UMN0 bernombor 2374564 di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

“Saya juga bukan orang Kelantan tetapi berasal dari Terengganu. Saya tidak pernah tinggal di mana-mana tempat di negeri Kelantan,” tegasnya.

Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, beliau mengesyaki dakwaan Saifuddin itu semata-mata bertujuan menjatuhkan kredibiliti dirinya serta SPR.

“Dia buat tuduhan tanpa usul periksa dan semata-mata bermotif politik sehingga menjatuhkan maruah saya. Ini fitnah. Dia semata-mata mahu merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Berikutan itu, Wan Ahmad menuntut Saifuddin membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika Ahli Parlimen Machang itu enggan berbuat demikian, beliau berkata: “Saya tunggu dia minta maaf dulu. Jika dia nak bersemuka, saya sedia.”

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli UMNO. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment