My Add

Saturday 12 May 2012

UMNO benteng perpaduan - Muhyiddin

*MUHYIDDIN berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan seluruh ahli UMNO bahawa seandainya parti itu sebagai benteng kepada rakyat rosak dan terhakis, maka rosaklah segala perpaduan dan keharmonian yang terbina selama ini.

Tegas Timbalan Presiden UMNO itu, dengan itu tiadalah yang paling bermakna buat parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) itu melainkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Serentak itu, beliau mahu ahli parti itu tidak hanya berjuang memartabatkan kuasa politik sedia ada tetapi perlu mempertahankan seluruh isi perjuangan dan nasib bangsa.

Sambil menyifatkan UMNO akan berdepan dugaan paling getir pada pilihan raya kali ini, beliau berkata, dalam soal ini, ahli parti tidak boleh membenarkan sama sekali musuh-musuhnya merosakkan perpaduan dan keharmonian yang telah dibina selama ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment