My Add

Saturday 12 May 2012

Mesyuarat agung luar biasa lulus resolusi kecam polis

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Seperti diduga, Majlis Peguam yang mengadakan mesyuarat agung luar biasa hari ini meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Resolusi yang mempunyai 12 perkara itu antaranya mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.

Selain itu, resolusi berkenaan turut meminta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Suruhanjaya Bebas mengenai aduan dan salah laku PDRM.

Resolusi tersebut merupakan susulan daripada Laporan Interim Majlis Peguam mengenai perhimpunan Bersih yang disusun daripada pemerhatian 78 orang sukarelawannya yang membuat pemantauan di enam lokasi semasa perhimpunan itu berlangsung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment