My Add

Friday 18 May 2012

Undang-undang khas lindung pekerja asing tidak perlu

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Malaysia tidak memerlukan undang-undang khas untuk melindungi pekerja asing kerana mempunyai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang mampu menangani masalah migran di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, akta tersebut sudah mencukupi untuk menyelesaikan apa sahaja masalah dihadapi oleh rakyat asing yang bekerja dan tinggal di negara ini.

Selain itu, ujarnya, tiada keperluan untuk kerajaan menggubal undang-undang khas melindungi pekerja asing kerana tidak banyak kes rakyat Indonesia atau Bangladesh dilayan buruk semasa bekerja di negara ini seperti didakwa oleh Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

"Saya secara peribadi berpendapat kenyataan Irene mendatangkan ancaman kepada negara. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif itu," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment