My Add

Monday 21 May 2012

Usaha tingkatkan infrastruktur diperhebat

*MOHD. Shafie Apdal (tengah) membantu sebahagian daripada pengunjung mengambil lauk untuk makan tengah hari pada Program Mesra Rakyat Bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kampung Merchang, Marang, semalam.

MARANG, AHAD, 20 Mei, 2012: Usaha meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat di luar bandar tidak pernah reda, malah terus dipertingkatkan dengan peruntukan hampir RM8 bilion tahun ini untuk pembangunan infrastruktur di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, daripada jumlah itu, tumpuan peruntukan diberikan kepada Sabah dan Sarawak selain kawasan pedalaman di beberapa negeri di Semenanjung.

Beliau memberitahu, peruntukan itu merangkumi pelbagai projek prasarana termasuk penyediaan bekalan air dan elektrik di samping keperluan asas lain seperti jalan raya dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). - UTUSAN


No comments:

Post a Comment