My Add

Monday 28 May 2012

Usahasama ACCA-Akauntan Negara-UiTM terjalin

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 MEI, 2012:Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA), Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalin usaha sama yang membolehkan para pegawai di jabatan berkenaan memperoleh kelayakan ACCA menerusi kursus pembangunan profesional berterusan.

Dalam satu kenyataan, ACCA berkata, tiga institusi itu akan bekerja bersama-sama bagi mengukuhkan dan memaksimumkan sumber bagi meningkatkan pembangunan dan kemahiran perakaunan.

"Menerusi usahasama itu, laluan sudah diwujudkan untuk petugas di Jabatan Akauntan Negara memperoleh kelayakan ACCA atau asas perakaunan atau kedua-dua program ACCA itu,” katanya.

Ia berkata, tuisyen akan dijalan di UiTM, rakan pembelajaran yang diluluskan oleh ACCA.

Ketua Eksekutif ACCA Helen Brand berkata, persatuan itu bangga bekerjasama dengan rakan yang mahukan latihan dan pembangunan profesional yang tinggi nilainya seperti Jabatan Akauntan Negara dan UiTM.

"ACCA akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi membangunkan keupayaan dalam profesion itu supaya dapat meningkatkan peranan yang dimainkan oleh badan profesional dalam menyokong ekonomi dunia yang sihat,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment