My Add

Monday 25 June 2012

11,650 pembantu rumah Indonesia kemari tidak lama lagi

SEPANG, ISNIN, 25 Jun, 2012: Kira-kira 11,650 pembantu rumah dari Indonesia bakal tiba di negara ini tidak lama lagi apabila permohonan mereka telah diluluskan oleh pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia ke Malaysia (KBRI).

Atase Sumber Manusia KBRI, Agus Triyanto berkata, pihaknya mengambil masa yang lama untuk menghantar semula pembantu rumah ke Malaysia kerana setiap permohonan perlu diteliti selain diberikan latihan khas.

"Ini bagi memastikan mereka benar-benar bersedia untuk bertugas di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan empat pembantu rumah warga Indonesia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini hari ini.

Agus berkata, warga Indonesia mula bertugas semula dengan majikan tempatan selepas Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Kedua-dua kerajaan sudah mencapai penyelesaian berhubung isu pembantu rumah termasuk peraturan membenarkan pekerja menyimpan pasport mereka sendiri, cuti sehari seminggu, gaji dipindahkan ke akaun bank serta bayaran gaji berpatutan.

Kata beliau, Selain Malaysia, para pembantu rumah warga Indonesia juga dilatih untuk dihantar ke negara-negara lain seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment