My Add

Monday 11 June 2012

BN perlu turun padang perangi putar belit pembangkang

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Jun, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan selain merapatkan jentera penerangan parti komponen, Barisan Nasional (BN) perlu turun padang bagi memberi penjelasan mengenai fakta sebenar sesuatu isu kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ini kerana pembangkang sering memutar belitkan fakta dan memberi persepsi yang salah mengenai BN yang boleh menghilangkan kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia ada.

"Ketika ini mereka (pembangkang) menggunakan media sosial sebagai medium bagi menyebarkan fakta yang tidak benar dan memutar belitkan beberapa isu.

"Oleh itu, setiap parti komponen BN harus memberi penjelasan yang sebenar bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan parti ini," katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, jentera penerangan parti komponen BN harus bergerak lebih proaktif untuk memperjelaskan usaha kerajaan dalam pembangunan ekonomi, taraf hidup, sosial dan kesihatan tanpa mengira kaum kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment