My Add

Wednesday 13 June 2012

Bukti Pas guna agama untuk kuasa - Shafie Apdal

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012: Tindakan Pas meminta ahli yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji membuktikan parti itu sebenarnya menggunakan agama untuk kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia berbeza dengan UMNO yang menggunakan kuasa untuk kepentingan agama berbanding Pas yang menggunakan agama untuk kuasa.

"Ini jelas terbukti apabila ketika negara mencapai kemerdekaan, kita meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini menunjukkan kita telah menggunakan kuasa untuk agama dan tidak sesekali mengaitkan agama untuk menang pilihan raya seperti yang dilakukan Pas sekarang," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kolej RISDA dengan Universiti Malaysia Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment