My Add

Saturday 9 June 2012

Cadangan bina PUSPAKOM di Nibong Tebal akan diteliti

NIBONG TEBAL, SABTU, 09 Jun, 2012: Cadangan untuk membina Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal yang dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan akan diteliti dan diperhalusi dari aspek perkhidmatan yang diperlukan di kawasan itu. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kementeriannya tiada masalah untuk melaksanakan cadangan itu namun perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dalam urusan mendapatkan tanah dan kelulusan pelan bangunan.

"Kami sedang kaji cadangan pembinaan itu, kerana perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dari segi kelulusan tanah, pusat itu berkemungkinan memerlukan tanah seluas dua hektar.

"Cadangan itu lebih mudah untuk dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah (Pulau Pinang) kembali," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian topi keledar kepada penduduk kampung sempena program Jom Turun Padang di Kampung Changkat di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri kawasan Jawi, Tan Cheng Liang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment