My Add

Thursday 28 June 2012

Dua kapal pindah minyak ditahan

*KAPAL MT Lumba (kiri) dan TB Lautan Kakap ditahan oleh Maritim Malaysia Wilayah Selatan kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di Tanjung Piai, Pontian, semalam.

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU 27 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan menahan dua kapal yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Tanjung Piai, Pontian awal pagi ini.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Adon Shalan berkata, kedua-dua kapal berkenaan, MT Lumba dan TB Lautan Kakap ditahan kira-kira 5.9 kilometer barat daya Tanjung Piai pukul 1.20 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kira-kira 3,000 liter diesel dipindahkan dari kapal TB Lautan Kakap ke kapal MT Lumba yang kedua-duanya berdaftar di Mongolia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment