My Add

Saturday 9 June 2012

ECXO Pahang dimasukkan ke ICU akibat keracunan makanan

Exco Pahang masuk ICU di HOSHAS
KUANTAN, SABTU, 09 Jun, 2012: Anggota EXCO Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh semalam kerana dipercayai akibat keracunan makanan.

Menurut anak saudara beliau, Saiful Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu dihantar anggota keluarganya ke hospital tersebut pada jam 11 pagi selepas mengalami muntah dan cirit-birit.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA itu dimasukkan ke ICU pada jam 3 petang kerana dipercayai mengalami komplikasi penyakit lain yang masih belum diketahui.

Saiful Azman berkata, keadaan Tan Mohd Aminuddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor, dilaporkan semakin stabil hari ini tetapi belum sedarkan diri.

"Alhamdulillah keadaan bapa saudara saya semakin stabil apabila pagi ini beliau memberi maklum balas walaupun dia masih belum sedarkan diri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Saiful Azman berkata, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut melawat Tan Mohd Aminuddin di HOSHAS, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment