My Add

Monday 11 June 2012

Felda: Kerajaan nafi tidak lindungi tanah rizab melayu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun , 2012:Kerajaan menafikan dakwaan pembangkang kononnya Tanah Rizab Melayu (TRM) tidak dilindungi ekoran daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah penyenaraian itu tidak akan menjejaskan pegangan tanah berstatus TRM kerana ia kini dimiliki oleh syarikat yang tidak dikuasai bumiputera.

Malah jelas beliau, tanah-tanah tersebut hanya disewakan untuk tempoh jangka panjang dan bayaran sewa tanah dari FGV juga akan disalurkan kepada Felda dan akhirnya untuk dinikmati oleh para peneroka.

"Tanah yang disewa bagi jangka panjang itu bukan 139,000 hektar seperti didakwa tetapi 355,000 hektar dan TRM pula 34,968 hektar," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang mahu mengetahui langkah kerajaan melindungi tanah milik warga Felda berstatus TRM selepas penyenaraian FGV. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment