My Add

Saturday 2 June 2012

Jangan ungkit pengorbanan untuk raih bantuan

JOHOR BAHRU, SABTU, 02 Jun, 2012: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta supaya tidak mengungkit dan menjaja pengorbanan mereka bagi tujuan meraih bantuan serta imbuhan daripada kerajaan.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata tindakan itu hanya akan memberi imej buruk kepada bekas tentera yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat.

Kerajaan, katanya tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan veteran ATM malah sentiasa memastikan kebajikan golongan berkenaan terbela.

"Saya amat kesal dengan tindakan segelintir bekas tentera yang cuba "mengugut" kerajaan dengan mengungkit dan menjaja pengorbanan mereka selama ini," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan tahunan ke-44 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri Johor di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment