My Add

Sunday 10 June 2012

Juruarah Ekspedisi Daki Gunung Tapis maut

KUANTAN, AHAD, 10 Jun, 2012: Seorang juruarah dalam Ekspedisi Mendaki Gunung Tapis dekat Sungai Lembing, yang disertai 25 pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Kuantan, maut dihempap dahan pokok awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pada 2 pagi itu, Mohammad Ngah, 55, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis Balai Polis Sungai Lembing berkata mangsa dan kumpulan ekspedisi itu memulakan perjalanan pukul 8 pagi semalam.

"Dalam kejadian itu, satu dahan pokok tumbang dan menghempap kepala mangsa dan seorang lagi peserta, Mohammad Shah Mohd Rawi, 29, yang turut cedera," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. 

Mayat mangsa hanya dapat dikeluarkan dari kawasan hutan itu kira-kira 12 tengah hari tadi dengan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat. 

"Semua pelajar dan pensyarah kolej berkenaan bagaimanapun selamat," kata jurucakap itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment