My Add

Monday 4 June 2012

Keputusan halang roboh Madrasah Salihiah 19 Julai

ALOR SETAR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan permohonan injunksi interim menghalang kerajaan negeri Kedah merobohkan Madrasah Salihiah sehingga perbicaraan saman yang difailkan waris madrasah itu selesai.

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin membuat keputusan itu dalam kamar dan menetapkan tarikh sama bagi tiga defendan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah membalas hujahan plaintif.

Waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah Kanchut di sini, Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, memfailkan injunksi interim pada 6 Mei lalu sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan oleh kerajaan negeri Kedah bagi tujuan pembinaan pusat beli-belah.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment